Lamanya
tak mengemaskini blog. Jari jemari bagaikan sukar bergerak untuk menaip patah2
perkataan walaupun sepatah. Idea bagaikan di 'block' di dalam kepala otak yang
terasa malas mahu berfikir banyak. Huhuhu... Apa telah terjadi... Banyak yang
hendak diceritakan disini dan pasti ceritanya berupe sindiran n rungutan yang
masih dalam linkungan cerita yang boleh dikongsi bersama bukan peribadi... Yang
terlalu peribadi hanya tersimpan didalam degupan si jantung hati... Hehehe...
Belum bersedia jemari ini untuk menaip bait2 ayat
selaju yang mungkin... Takut nanti ada yang salah ngertikan… Ooooohhhh
tidakkk....
Hari ini 28 Mei
2013.. Cepatnya masa berlalu.. Bulan Mei di tahun 2013 telah hampir untuk
melabuhkan tirainya.. Maaflah ku katekan bagiku bulan Mei yang bakal berlalu
ini ku rasakan tiada apa2 yang menarik atau sesuatu yang aku lakukan yang boleh
membanggakan untuk diriku sendiri.. Hari yang berlalu sekadar melaksanakan
urusan harian uma+anak2 dan selebihnya memenuhi tuntutan kerja hakiki.
Makan tido tu
jangan cakaplah.. Itu rutin wajib. Kalau tidak xkan jadi sesaiz gini.. Hehehe..
Tak lahhh.. Ada juga benda lain yang telah aku buat tapi benda tu perkara yang
aku yang benaunye tak berapa seronok untuk buat. Bleh aku kate gitu???
Blehlahkan.. Kalau x,xkan aku nak berstoryglory di sini. Nak kate keje tu tak
berfaedah... Berfaedah... Nak kate keje yang aku buat tu sia2... Tak jugak.
Ianya adalah 1 tanggungjawab yang memerlukan tahap komitmen aku yang tinggi.
Yang terlalu tinggi... Aku terpaksa mempasakkan mental+fizikal yang jitu.
Walaupun begitu sesungguhnya ianya sangat tak bermakna untuk hidupku. Buat keje
tanpa ade sekelumit perasaan seronok...
Keseronokan yang
benarnya tidak aku dapat rasai dan kecapi. Aku sekadar laksanakan hanye untuk
satu tuntutan. Sedangkan dalam kadar mase yang sama sekiranya betul diikutkan
ade tuntutan yang lebih berfaedah perlu aku hitungkan. Hasrat awalnya yang
sekadar hanya untuk menolong+membantu TETAPI akhirnya telah terpalit 1
tanggungjawab yang perlu dipikul. Terase macam diamik kesempatanlah plak.
Huhuhu...
Kenapalah ade manusia yang tiada kesedaran. Tiada
langsung rasa untuk menghargai. Masih leka. Masih alpa. Masih berada di zon
selesa. Yang terlalu selesa. Langsung tiada rase untuk belajar dan mencuba.
Semua itu disebabkan telah berada di zon selesa yang terlalu lama. Nak buat itu
tak tahu.. Nak buat ini takut. Suruh itu xreti. Suruh ini xnak.. Sampai bilelah
agaknye nak berada di takuk lame.. Bila sesuatu tu dah jadi gaya hidup,
tingkahlaku... Dinasihatkan hanya kecekalan yang boleh mengubahnya. Aku
bukannye nak mintak sesuatu yang perfect cume sekadar memperbaiki sekadar apa
yang boleh.. Berubahlah... Nescaya... Sesungguhnya tiada ape yang merugikan...