AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Sunday, 28 July 2013

~ AyAm & DaGiNg PaPrIcK SpEcIaL UmMi... ~

Ni sajer jer nak tayangkan menu yang simple. Sesuailah sangat dengan keadaan badan yang penat seharian di office dan keadaan kepale yang xberape nak sihat ni. Iaitu ayam & daging masak paprik yg cara nak masaknye sangatlah mudah dan yang paling penting semestinye ia sedap. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Sesuailahkan di bulan Ramadhan ni. Bila masak sendiri... Hahhhhhh... Takyah potong2 kecik2, biar seketul2 jer... Penuh dengan sayur2 plak tu. Mmg sedap sangat2. Puas makan tau.. Anak2 mkn berulang2, bila umminye masak mcm ni puaslah diaorng makan. Umminye bile tengok anak2 makan sampai licin pinggan, ape lagi senyum sampai telingelah… Rase penat pun terus2 jer ilang tau…Moh, belek Ayam & Daging Paprick Special Ummi... Hehehehe...








~ SoPaNnYe AnAk AyAh... ~










~ MeE ReBuS SpEcIaL UmMi... ~


Penyediaan Mee Rebus Special Ummi yang amat mudah. Main campak2 sumenye dalam periuk jer... Resepi daripada Kak Uda... Xtaulah bleh dapat markah penuh @ tidak sbbnye puan empunye resepi ni jauh, nun jauh di Aloq Staq, Kedah sane. Papepun tq Kak Uda yer...







Wednesday, 24 July 2013

~ JaSaMu D KeNaNg PO1+PO2... ~

MAJLIS JASAMU DIKENANG PO1 & PO2
TARIKH  :  05 JULAI 2013 (JUMAAT)
TEMPAT  :  CAFE BOTANIKAL MELAKA

Di setiap pertemuan pasti akan ada pengakhirannya. Inilah lumrah kehidupan. Masa akan selalu bergerak dan usia kita akan terus meningkat dari hari ke sehari. InsyaAllah, ukhwah yang terbina sekian lama sentiasa terpahat di dalam hati...















~ LaI2.... BuAh LaIcI LaI... ~

Ini kali ni aku nak citer pasal buah laici.. Mana nak cari buah laici freshhh ni, hari tu nampak kat pasar, tapi time tu tak berminat pun nak beli. Dah ni t tekak tertiba nak makan, cari taklah jumpe2 plak. 2-3 kali round kat Mydin, xdelah plak. Sedihnye ati. Huhuhuhu... Harap2 Ahad ni pergi pasar pagi adalah... Amin.... Aaaahhh, lorat tekak dak shida ni tau. Bile terase nak makan mengalahkan org mengidam.... Huhuhuhu...



Akhirnye pucuk dicita ulam mendatang, buah yang dihajat bertimbun di depan mata.
Jom makan laici.. Heheheh… Mmg best, menepati rasa aku. Manis dan juicy sungguh. Sedap, masam2 manis. Penjual buah tu cakap nama dia Laici King disebabkan saiz dia yg agak besar. Seronok sungguh Allya bila tengok aku beli laici ni. Memang dia suka sgt dgn buah. Xkisahlah buah apepun… Dok perhatikan anak2 kerumun menggadap sebakul laici maka terjadilah kenduri buah laici.. Gembira aku tengok anak2 makan, meriah sekali. Macam2 gelagat. Myra xtentu arah berebut2 amik takut habislah kot... Iiiisssshhhh aaiii macam2lah anak2 aku ni.. Tapi itulah yang menghiburkan...



Memandangkan suhu ketika ini yang cukup tinggi dan cuaca yang panas, maka ada baiknya aku kaji rahsia dan khasiat di sebalik buah laici ini. Da telan baru nak kaji... Apppaaarraaa... Papepun, tqlah Mr. Google, untuk info berikut yer... 
1.      Buah laici dikatakan mempunyai persamaan disegi khasiat dengan buah longan dan buah rambutan.
2.      Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium.Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol,sodium dan lemak.
3.      Buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan.Ia juga kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kollogen. Kollogen adalah terdapat dalam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan menegangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit.