Arshieda 78 - Biar mimpi mimpi kita, Jejak sampai ke bintang, Walau harus menggapai awan, Menongkah arus ini, Aku tahu bukan mudah, Tapi mimpi ini harus aku, Tiada gunung yang terlalu tinggi, Tiada laut yang terlalu luas, Tuk mereka memisahkan kita, Dari mimpi-mimpi kita ini, Jangan resah ini takdir, Tuhan mendengarnya, Tuk membawa mimpi-mimpi kita...
AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....
Wednesday, 19 October 2011
PELAJAR 16 TAHUN KELAR BAYI BARU LAHIR
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek. - HM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment