Ketika aku membaca satu artikel mengenai amalan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa semasa anak-anak mereka sedang tidur, aku menjadi insaf seketika. Amalan ini simple tapi aku sebagai manusia selalunya lalai. Apapun aku bertekad menanam azam untuk mempraktikkannya. So sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak-anak hendak tidur hendaklah kita,
Wiridkan : Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
Membaca : Surah al fatihah 1 kali,
Membaca : Surah alam nasyrah 1 kali.
Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
No comments:
Post a Comment