Kenapa dan mengapa orang yang suke buat hal sendiri n tak suke masuk campur hal orang seperti aku ini sentiase ditindas orang??? Aku diperlakukan seperti orang yang tak punya perasaan. Aku pun tak faham, ingat orang seperti aku ni tak reti nak marah ke bila dikata macam-macam. Selama hari ni aku berdiam bukan kerana aku takut tapi aku masih hormat pada orang yang mengata+mengeji aku tu..
Aku rasa ketika itu ade baiknye aku buat tak tahu jer di atas ape yang
berlaku. Fikir positif. Rasenye dah sampai masanya aku menjaga hati aku sendiri
dari terus disakiti dan disakiti....Jika aku asyik nak menjaga hati dia jer
tapi hati dan perasaan aku pula sentiasa disakiti tiada gunanye jugak.
Tapi aku rasa semakin aku berdiam diri dan buat tak tahu saja dengan umpat
keji dia pada aku semakin menjadi-jadilah pulak. Entah apa lagi yang tak betul
pun aku tak tahulah, agaknye segala gerak geri laku aku sememangnye tak mampu
untuk aku penuhi kehendak hati dia agaknye. Tapi sampai bila agaknya perkara ni
harus berterusan??? Aku sanggup berdiam diri, demi taknak perkara ini
diperbesar2kan. Aku sanggup tahan telinga sedangkan hati aku yang sakit ni tiada
siapa yang peduli.....
Pada awalnye aku sememangnye tiada niat untuk membalas setiap kata-kata
umpatan, kejian, hinaan dan seangkatan dengannya, walaupun hati aku sakit
sangat dikata sebegitu. Bagi aku biarlah Allah S.W.T yang membalas setiap apa
yg telah dia lemparkan tohmahan pada aku kerana aku lebih mengetahui sebab
musabab dan punce setiap ape yang berlaku.....
Walau bagaimanapun, kini kesabaran aku dah semakin tipis kerana itulah aku
buat keputusan untuk melawan segala kata-kata umpatan, kejian, hinaan dan
sewaktu dengannya terhadap aku. Itu pun setelah aku diserang bertubi2. Aku
tidaklah sejahat mane benaunye. Silap dialah kan. Maaflah yer, mungkin kate2
aku sememangnye kesat. Nasiblah... Sape suruh jolok sarang tebuan??? Janji apa
yang aku lakukan kini menggembirakan hati aku dan tidak buat aku rasa bengang
dan sakit hati. Janji apa yang aku lakukan kini di dalam pengetahuan buah hati yang
menjadi penguat semangat dan menenangkan aku. Ape2 pun yang penting sekarang
ni, hanyelah kegembiraan aku, buah hati dan anak2 kami. Hal yang remeh temeh
ni, jangan dihiraukan. Campak jauh2...
Rase2nye kalau
masih berani nak lemparkan kata-kata tohmahan dan sindiran yang menyakitkan
hati aku ni. Dengan segala hormatnye DIPERSILAKAN... Betullah
jugak kate pepatah : 'Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-Lain....’
No comments:
Post a Comment