AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday, 27 December 2012

~ AgAr-AgAr CeNdOl SpEcIaL UmMi... ~


Mohla nengok Agar2 Cendol Special Ummi ni... Bahan2 sumenye telah tersedia ada. 


Biaselah wat stok, kalau tetibe hangin datang, barang2 da ade, so ketang ketung, ketang ketung... Taraaa... Siap dah... 


Hasilnya tidak mengecewakan walaupun ini percubaan pertama. Pertama kali menggunakan agar2 berwarna. 






Dan kalau nak tahu, cendol yang digunakan adalah cendol yang terpakai... Cendol terpakai? Ssssyyyhhhhh... Hahahahha.... Hanye aku jer yang mengetahuinye... 

~ LePaK D HaRi JuMaAt... ~




N3 ni aku tak nak banyak cakap! Just nak upload picture jer untuk santapan mata sendiri. Sesiape yang xnak tengok bolehla tekan mouse tu lelaju yer... Tak kesah pun . Ini kali kami dok lepak lunch kat The Windmill Station, Bear Hill.. Time tu ramai yang lepak kat situ. Biasa lah. Break Hour di hari Jumaat. Memang lama gilalah kami kat situ. Sambil makan, sambil dok nyembang. Yang bestnye cerita xplak pernah habisnye... Cakap sepatah, dok gelak sakan. Tah ape2 tah. Time tu kiteorang tak kira dah orang nak kata ape. Sembang xcited kemain serupa cakap Windmill tu kami yang punye... Hahahaha...









~ MaJLiS PeNgHaRgAaN KoNtiNgEn MeLaKa 2012... ~

MAJLIS PENGHARGAAN KONTINJEN MELAKA SEMPENA HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
13 DISEMBER 2012 (KHAMIS)
RUANG LEGAR MENARA PERSEKUTUAN,                                     AYER KEROH MELAKA

























Wednesday, 26 December 2012

~ BiCaRa BuAt KaWaN+TeMaN+SaHaBaT... ~


27 November 2012

Kawan...
Ingatlah dugaan dalam kehidupan ini adalah 1 perkara yang semua orang di dunia ini selalunya tidak mampu terima dengan hati yang tulus tetapi sebagai seorang hamba kita perlu terima ianya sebagai satu ujian dari Allah.
Tak kiralah samada dugaan itu kecil mahupun besar. Semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya. Hakikat ianya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Teman...
Sebenarnya kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang menimpa. Disebabkan kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita, kita akan mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Kadang-kadang kita menyalahkan diri kita sendiri yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sekadar bicara-perkataan.

Sebab itulah mulakan  dengan kebersihan iman, dan memahami hakikat ujian. Sebabnya diriku sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Aku pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan aku yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah aku lalui, yang akan membuatkan aku terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, aku melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya aku berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sahabat...

Realitinya dugaan itu...
Kita perlu yakin dan pasti sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah. Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah, dengan sabar, redha dengan takdirnya, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa.
Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.
Dia tahu waktu dan ketikanya.
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! InsyaAllah.....

~ TuLiSaN TaNgAn KaKi... ~



Tulisan aku dari dulu time sekolah sama jer sampai la dah besar gemuk dan dah keje ni.

Walaupun bila dah kerja, peratusan nak menulis tangan tu dah berkurangan tapi sesekali dapat menulis rasa mcm menggigil jer plak tangan ni.

Tulis tak sampai separuh muka surat dah rasa lenguh tangan. Dulu waktu kena tulis berkajang2 karangan time subjek BM x dak la pulak tangan nak lenguh.

So korang punya tulisan sama tak lagi? Jangan dok peliklah yer. Tulisan tangan aku sumenye huruf besar.
Hahahaha....





N3 ini adalah hasil Dato Mohd. Fadzillah bin Kamsah. Sekadar berkongsi untuk tatapan bersama. Menurut pandangan beliau, peribadi boleh ditafsir melalui Kaedah Graphology iaitu kajian tulisan tangan. Di bawah adalah serba sedikit mengenai tafsiran ke atas tulisan seseorang. So apelagi jom sesame kite dok belek…

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-   Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
-       Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
-  Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
-  Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
-  Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
-  Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
-  Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
-  Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
-  Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
-  Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
-  Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
-  Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
-  Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
-  Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
-  Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

~ LaKsAm Oh LaKsAm... ~


Pagi Ahad aritu aku dan anak2 p jenjalan ke pasar pagi. Takde ade ape yang dicari just nak cuci2 mate n menghilangkan keboringan+kebosanan yang melanda. Toleh kanan, toleh kiri.. Tetibe ternampakla makanan yang aku suka yang dah lama sangat2 aku tidak merasainya. Laksam. Ya laksam not laksa ok....


Walaupun aku jarang makan laksam ni tapi aku suke sangat2 dengan rasa kuah ikan dia.


Sangat sedap... Lain dari yang lain. Ini kali sememangnya laksam yang terbaik. Memenuhi citarasa aku 100%. So next week blehla beli lagi yer...