Alhamdulillah, berjaya jugak aku menyiapkan 3
jenis biskut raya untuk tahun ini. Ini
adalah PMR 1/2013 aku untuk tahun ini. Settlenye seminggu sbelum PMR 2/2013.
PMR aku ni tidak boleh dilaksanakan serentak kerana spesis aku ni jika terlalu
banyak projek mega dilaksanakan pada satu2 masa, ia akan menyebabkan aku berada
dalam 1 keadaan terlalu ‘panas”. Wat pun dalam keadaan relax jer. Yang penting
settle. Ikut seperti ape yg dirancangkan. Hahahhaa… Justeru itu, untuk
memastikan kejayaan perjalanan projek ini, aku perlu mengatur pelaksanaannya
dengan teliti. Hahahahha….
Alhamdulillah… PMR 2013/1 ni mendapat sambutan yg sungguh menggalakkan daripada anak2. Hasilnye pun tersangat laris di pasaran. Semua tak berbaki, yg tinggal hanya papercup jer hehe... Seronok gak tengok PMR 2013/1 ni menjadi pilihan kukis raya. Mudah disediakan dan rasanya mmg sedap dan digemari anak2… Kalau wat tp anak2 kurang suka x gune gak…. Doranglah yang benaunye pelaris+pehabis kuih2 gaye yg ade tuuu….
No comments:
Post a Comment