Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri
apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung
kepada kemampuan seseorang itu. Di sini aku ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang aku sendiri benarnya tidak tahu. Aku dapat ni
pun dari sumber pembacaan aku. Entahkan yer
tidak. Wallahualam... Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini
adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah
ini.
Oleh
kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang
untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang
kita sangkakan. Hal ini bukan mahu menakutkan tetapi sekadar untuk makluman...
Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut kita semua tahu. Untuk buah
hati, amik perhatian yer...
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya
menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi
hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun
2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah
bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang
ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang
membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan
untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari
rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum
menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak
sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejukkan.
Hehehe... Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang
pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek
air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kondom terpakai.
Menurutnya,
beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kondom
tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut.
Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair
masih ada.
Tambahnya
lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga
apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi
di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau
hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda
berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem
keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah
dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda
perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif
menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda,
pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral
sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika
anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis
manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ
adalah perkara biasa.
Kalau itu
belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil
Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka
melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah diselidiki, staff hotel
mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk
mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada
mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang
digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati
muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun
di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan
juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak
kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak
selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa
bila anda google hotel window fall.
So, kepada sesiapa yang sering menjadi pilihan untuk
menginap di hotel... Fikir2kanlah... Gunakanlah langkah yang sebijaknya. Ingat
ini adalah hanya sekadar info yer...
No comments:
Post a Comment