Jika
ke Bandung, tolong jangan lepaskan peluang untuk bershopping sakan di Pasar
Baru yer. Mesti disumbatkan dalam checklist. Awal pergi lagi bagus. Bolehlah tengok macam mana suasana di pagi hari.
Jalan yang sesak, cara pemanduan yang agak menyeramkan bagi kami 1 bas! Rugi sape pegi bandung tak masuk pasar baru. Dia
punya suasana tu macam eeeaiaaaiiii,semua yang nampak nak diterjahlah.
Tengok,
muka ceria jer, tak sabar nak pecah telor n perabiskan duit di Pasar Baru..
Hahaha... Pecah telor prkataan yang sentiase disebut oleh Peniage2 Jalanan di
sini membawa maksud xbukak meniage lg. Semestinye best sebab boleh tawar
menawar dan sangat murah. Kat Pasar Baru ni ada 8 tingkat yang menjual pelbagai jenis kain
pasang, baju macam2 jenis, tudung, telekung, jubah, handbag dan macam2 lagilah…
Aku
sempat la beli telekong yang kerawang2 tu dengan harga RM 20, kain pasang yang regenya dalam RM20-30 hinggit jer,
kain batik sarung dan blouse. Ada pelbagai design, semuanya cantik. Rambang
mata oiiii…Sangat berbaloi yer..!
Untuk
beli kain pasang, wajib comfirmkan berapa meter n lerang berapa inci. Sebab kalau dah terkena, Xckuplah nk buat
baju. Ape xnye, orang Indonesia comel2
jadi sebab itu kain pasang kurang dari kita yg over size ni.
Bagi
aku bila aku dah suka dan hargenye berpatut2 sangat so aku akan beli terus. Aku
xkan berangan nak survey sebab aku tak larat nak berpatah balik. Sejujurnya aku
pun tak habis pusing. Harga ok, kualiti baik, beli terus. Kalau korang bijak tawar-menawar pula, korang pasti akan tersenyum puas
kerana dapat berbelanja dengan lebih banyak...
Cuma yang tak bestnya ialah orangnya ramai dan
perlu sentiasa berhati2 takut ditipu dan banyak pencopek. Kami telah diingatkan
awal2 untuk menggalas beg @ letak di depan dada.
Ketika
berjalan dalam Pasar Baru, hairan aku asyiklah ada yang dok mengekor nak
menjual. Terutama yang jual keychain, frigemagnet dan sewaktu dengannya.
Kat Sari Ater ngikut, kat depan factory outlet ikut, kat sini pun nak ikut
jugak ker?
Tempat ni tersangatlah luasnya, memang
tak habis nak pergi semua tempat dalam masa 1 hari. Rambang mata nak pilih
memilih. Kami siap boleh sesat untuk balik tu. Dekat level yang sama pun boleh
sesat yer, sebab tengok barang kiri kanan sama jer… Heheheh...
Dah hbs shopping satu kerja lak
nak tunggu bas, kami melepak jer kat tangga Pasar Baru ni. Jem teruk kat sini,
bukan stakat jem kenderaan jer... "Jem" dengan peniaga2 jual souvenir
kat kaki lima. Ke hulu ke hilir diaorg ikut... Di+kan lagi plak dengan gelendangan
yg mminta2 wang... Pening kepala aku aaiii... Ape2 pun, semestinya Pasar Baru
adalah yang TERBAIK. Syurga membeli belah....
No comments:
Post a Comment