AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday, 3 December 2013

~ KuKuHkAn CiNtA BeRjAuHaN... ~



Petua untuk kukuhkan hubungan jarak jauh yang aku rasa sesuai untuk dipraktikkan. Dan ada yang dah dipraktikkan pun sebenarnya...


Luahkan Perasaanmu

Kadangkalanya apabila dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi  penawar  rindu kepada si dia. Sesekali dengan menghantar emel kepada pasangan anda. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam email itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaan anda bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa & memupuk asmara.



Hargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang2nya membutakan mata anda sendiri, bukankah itu keterlaluan? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti2 yang membuat anda ceria dan gembira.


Pancawarnakan Kehidupan Anda

Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau ayah ada di rumah sekarang, ummi nak buat apa pada ayah?“ Contoh ayat maut tu. Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan.


Percayalah

Percaya perlu menebal dalam diri. Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tidak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan jangan mudah bosan walaupun berjauhan.  Bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan, jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat.

No comments:

Post a Comment