Tanpa
disedari waktu terus berlalu, syukur alhamdulillah..... Aku masih diberi
kesempatan untuk mengupdate blog kesayanganku ni.... Walau pun bile dhitung2kan
hampir 47 ari lamenye aku telah menyepikan diri. Lamakan aku menyepi.. Lamanya aku tak
menulis. Serius rindu. Serius dalam otak banyak mencorak ayat tapi tak terluah
di jemari. Rindu ditahap gaban akan blog kesayangan aku ni.
Pejam celik,
pejam celik, x terasa aku telah
menjalani hidup satu tahun lagi. Banyak
cerita indah maupun sedih telah aku alami selama tahun 2013. Aneka cerita dan
pengalaman telah aku torehkan ke dalam lembaran kehidupanku. Lembaran demi lembaran telah
dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi. Kekadang tak bererti, kekadang
tanpa makna... Itulah dia sedikit sebanyak realiti kehidupanku...
Detik demi
detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan, tahun 2013 telah
mengusung banyak cerita, suka... duka... telah menjadi warna nyata dalam
kehidupanku. Akan aku biarkan semuanya menjadi kenangan yang terpahat rapi.
Dengan berjalannya waktu, bertambahnya tahun setiap pengalaman dalam
kehidupanku adalah merupakan pelajaran dan pengajaran. Itulah kekuatan aku.
Dengan kisah
yang baru, kenangan 2013 akan perlahan-lahan aku tinggalkan saat demi saat.
Mungkin masih terasa hangatnya namun cabaran sedang menanti aku di depan.
Cabaran dan dugaan sentiasa ada, namun apalah kuasa aku untuk meramal apa yang
bakal berlaku esok. Mahu atau tidak setiap dugaan yang datang aku tempuhi
dengan tabah.
2013 perginya yang tak akan kembali, bersama
kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin
akan aku kenang selagi hayat dikandung badan. Tahun yang
membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'sayang'. SAYANG. Sebab sayang itu aku utuh. Disebab
sayang itu aku tetap setia. Dan sebab sayang itulah aku tetap di sini. Masih
kuat di sini.
Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh sayang. Ya, walau sesedih mane pun hati aku ini, aku tetap berpaksi di sini. Hanya kerana satu, SAYANG. Aku cuma harap sayang yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipersiakan.
Jika mimpi
tahun 2013 telah karam, harapanku kapal kehidupan yang lebih baik telah menanti
aku di tahun 2014. Aku akan pastikan belayar dengan suntikan semangat demi bagi
mempertingkatkan kemampuan diri. Lupakan segala kegagalan... Kini tahun 2014
telah tiba bagi mengemas kegagalan menjadi kejayaan. Lembaran kisah baru dibuka
dengan semangat yang penuh keceriaan. Tahun 2013 adalah kenangan, masa
kini adalah kenyataan, masa depan adalah harapan.
Azam tahun
baru, ini selalu sangat diperkatakan setiap orang. Namun setiap tahun azam aku
adalah sama, "aku mahu
tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun yang lepas", dalam semua perkara berkaitan
kehidupan aku. Azam aku secara umum, tiada yang khusus.
Aku tidak
suka letakkan 1 target secara melulu. Namun aku akan mula tetapkan
matlamat apabila ada peluang. Aku akan rebut peluang yang datang kepada aku dan
aku akan berusaha untuk mencapai target itu. Peluang apa? Apa-apa sahaja
peluang yang aku rasa aku mampu lakukan serta menjadikan kehidupan aku menjadi
lebih baik. Simple kan. Bukan apa nanti apabila aku tiba dihujung tak
adalah rasa kecewa sangat sebab tak capai apa yang di impikan. Betul
tak?..hahaha..bukan tak bagus tulis azam besar-besar tampal dekat dinding. Itu
semua cara kita masing-masing, terserahlah. Lain orang lain cara dia.
Dan sekarang
tiba saatnya untuk aku menorehkan tulisan baru pada edisi kehidupan aku di
tahun 2014. Selamat tahun baru 2014, selamat tinggal kenangan... Selamat datang
harapan.... harapan aku semoga dengan kehadiran 2014 ini dapat menambah
lagi rezeki keluarga dan ank2 aku kan tetap di sisi aku.... tutup sudah buku
kisah 2013. Kini buka pula buku baru untuk teruskan perjalanan hidup.
Lengkap
rasanya hidup aku dengan adanya kekuatan2 aku ini... Semoga kita dapat
mengharungi segala2nya bersama... InsyaAllah...
Amin2.. Ya
Rabbal Al Amin....
No comments:
Post a Comment