Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi
wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala
permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.
Kononnya untuk mencapai skala sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Kononnya untuk mencapai skala sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri
kau yang sebenar.Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau
ciptakan.
Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di
hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?
Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau
mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.
Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa
banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada
perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya
menyatukan kau berdua.
Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik
dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia
yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?
Aku pernah menyatakan 'kita
banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.
*Senyum*
Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi yang bebas
dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?
No comments:
Post a Comment