Mata juga mengungkap pelbagai makna dan hanyalah
sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yang
kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran
tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata.
1. Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap,
kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap
periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan
kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi
kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
2. Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak
berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra
suami.
3. Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia,
otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur,
tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
4. Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa
berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
5. Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa,
bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu
dan membahagiakan.
6. Mata cengkung - Kurang memuaskan,
materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu
senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
7. Mata redup - Wanita ini mudah
dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang
sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
8. Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya
baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji,
pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
P/S : 1-8, yang mana satukah mataku ini????
No comments:
Post a Comment