Aduhhhhh, hati ini sungguh pedih dan sebak menahan segala ujian
yang datang menerpa dalam diri aku. Tak sanggup lagi untukku berhadapan dengan
kepedihan hati ini.
Duhai hati... Aku benar2
teruji kali ini. Anggaplah ianye mimpi2 ngeri yang menyelubungi tidurku dan pasti
ianya tidak akan menjadi kenyataan. Wahai hati… Bersabarlah… Sesungguhnya anggaplah
cabaran & dugaan ini akan lebih menguatkan dan mematangkan diriku ini.
Wahai jiwa, janganlah lemah dan terlalu mengharap pada sesuatu yang belum
pasti. Ajal, maut, jodoh, semua di tangan Allah. Yakinlah!
Adakah diriku tidak
layak untuk mengecapi bahagia??? Mengapa hatiku begitu sensitive dan mudah
terasa diguris???
Ya Allah,Ya Tuhanku…
Seandainya telah Kau catatkan,ini adalah sebahagian daripada Qada’ dan Qadarku,
dihujungnya kau palitkanlah dan titipkanlah kebahagiaan untuk diriku. Ku mohon
padaMu, segala apa yang telah Kau takdirkan ianya adalah yang terbaik buatku, kerana
sesungguhnya Kau tahu segala isi hatiku.. Kau Maha Mengetahui…
Tiada kata yang
dapat menggambarkan perasaanku di kala ini.
Aku terduga dengan
dugaan yang cukup kuat kali ini.Tabahkanlah hati dan kuatkanlah perasaanku. Sesungguhnya,cabaran
dan dugaan ini akan lebih menguatkan lagi hatiku ini.
InsyaAllah…Hadirkanlah ketenangan
dan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk diriku ini. Izinkanlah untuk aku mengecapi
nikmat dan manisnya kebahagiaan hingga ke akhir hayatku… Aminnnn… Ya Rabbal Al
Amin…
No comments:
Post a Comment