Kalau
tekak dah teringin sangat tu, eloklah cepat2 turun ke dapur buat kan? Kalau
tidak, nanti kempunanlah pulak. Untuk pagi ni takde mood nak masak breakfast
nasi goreng or mee goreng dan seumpamanya. Ummi wat Chekodok Jagunglah yer…
So, pepagi di
celah2 kedinginan pagi ekoran hujan lebat ntah dari pukul berapa, aku pun
projeklah sorang diri kat dapur sebabnye anak2 masih lena diulit mimpi lagi.
Tak
susah pun, main campak2 jer… Campak tepung dalam besen, bancuh dengan air yang
telah diletak bersame sedikit garam, susu tepung, 3 susu madu n jagung yang
telah disagat. Ok, dah siap… Letak kuali atas dapur, letak minyak n tuang satu
demi satu sudu bancuhan sampai penuh 1 kuali. Slowkan api n gorenglah. Itulah
cara nak rangupkan chekodok. Api tak boleh besar n tak boleh kecik sangat. Api
yang sedang2 saje yer…
Itu jer
pun. Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Cepat dan mudahkan??? Sesuai
untuk breakfast n minum petang…
No comments:
Post a Comment