Macam hari Sabtu yang biasa... Hari yang penuh kelam kabut. Hari yang
aku terpaksa bangun awal pepagi, walau pun ari cuti. Terpakse jugak tinggalkan godaan
bantal dan selimut yang makin nak ditinggal makin rancak melambai-lambai. Siap
menyiramkan diri bagi segarkan badan untuk berperang kat dapur... Sebelum tu
nak berkemas dulu kapal karam yang ditinggalkan anak2 di dalam bilik.
Sorila yer mengomel menjela-jela... Niat cuma nak gitau jer, Agar2
Coklat Special Ummi ni aku buat selepas sebaik sahaja selesai bfast. Biaselah
hari2 cuti ni, petang2 selalunye tekak teringin nak makan yang manis2. Mengade2
betulkan tekak ni. Semestinye resepi yang mudah tapi sedap. Maklumlah
mood MALAS sentiase melanda. Yang bestnye tanpa keluar belanja aku gunakan
bahan yang ada kat dapur jerr. Apa lagi menyingsing lenganlah...
No comments:
Post a Comment