Aku dah penat
Aku dah letih
Menyelusuri hari
Demi mengemis setitis kasih
Yang aku sendiri tak pasti adakah
ianya milikku
Ketika harapan yang tercipta
Yang serasanya bukan untukku
Adakah seharusnya aku berhenti
Dari terus bermimpi
Mengejar fantasi
Tapi
Mengapa hati ini
Seakan memungkiri diri sendiri
Demi
Sebuah hakikat yang telah pasti
Pergilah angan
Lenyaplah kenangan
Bagi sebuah ceritera cinta
Dalam kisah dongengnya
Sesungguhnya
Ketika Cinta terhenti
Dan
Aku sendiri memang sedari
Cuma sekeping hati yang enggan
mengakui
Lalu
Hatiku bertambah duka
Hati kecilku semakin terluka
Pada sebuah pengasingan emosi
Yang hanya memakan diri
Berhentilah di persimpangan itu
Kasihanilah hatimu
Kerana
Cinta itu sudah lama terhenti….
No comments:
Post a Comment