Bagaimana dengan kerja hari ni? Adakah seronok dan menikmatinya? Ya…
100% jawapanku adalah YA AKU SERONOK. Disebabkan kerana keseronokanku ini maka
aku yakin insya Allah ini akan menjadi kerjaya terakhir aku sampai tua. Sampai
umur 60 tahun jika sihat tubuh badan dan x menyusahkan orang… Hehehehe… Aku
tidak pernah terfikir untuk cari kerja lain dah. Aku sudah cukup bahagia dan gembira
dengan kerjaya aku. Setiap saat dan ketika aku keluar bekerja, tidak pernah ada
sekelumit perasaan aku nak bertukar kerjaya. Dan
Alhamdulillah, Allah menemukan aku dengan kerjaya yang bersesuaian dengan
jiwaku. Pekerjaan yang dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada diriku.
Ya, aku suka kerja aku! Kenapa aku kata bagitu??? Jom sama2 lihat...
1. Datang awal ke tempat kerja
Aku tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan aku sememangnya
menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja2 yang
dipertanggungjawabkan. Aku tiba awal di tempat kerja dengan perasaan seronok
untuk bekerja.
2. Air muka berseri-seri
Hehehehe... Memang sangat jelas tentang ini. Disebabkan terlalu seronok dengan
kerja, setiap kali ke tempat kerja air mukaku akan menampakkan keceriaan dan sentiasa
tersenyum. Keje banyak menimbun pun still bleh senyum lagi tu... Hehehehhe....
3. Kerja sentiasa disiapkan
segera.
Kurasakan inilah kehebatan bekerja dengan rasa
seronok. Kebiasaannya kerja dapat disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling
bagusnya menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Disebabkan
terlalu asyik dengan kerja sehinggakan tak sedar telahpun menyiapkannya dan aku
sentiasa bersedia untuk kerja yang baru.
4. Bangga menceritakan tentang
kerja
Aku tidak pernah kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang aku lakukan
itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya aku akan menceritakan
kelebihan2 tempat kerja. Aku bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana
dan apa kerja yang aku lakukan.
5. Personaliti kemas
Dah kerja di KEMASkan... Mestilah gitu. Walaupun bersederhana tetapi aku tetap
akan menunjukkan penampilan yang selesa dan terbaik untuk diri sendiri.
6. Akan membantu menyiapkan kerja orang lain
Hahahhaa.... Situasi yang sering berlaku
walaupun ianya tanpa dipinta. Disebabkan
rasa seronok bekerja aku sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan
kerja orang lain lagi...
No comments:
Post a Comment