AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday, 29 March 2012

~ TeRiMa KaSiH & MaAf... ~


Sebelum entry ni dipostkan, gasenye beberapa kali jugalah aku mmikirkan adakah spatutnye entry ni dipostkan atau pun tidak... Pikirnye pkir, ade baiknye entry ini dipost, sekurang2nye bukan untuk sesiape tetapi khas untuk diri sendiri. Dalam suasane yang nampak seperti tenang, walaupun hakikatnye ribut badai taufan melanda, aku hanya mampu sebagai pemerhati, mendengar dan seperti acapkalinye aku akan menimbangtara sebelum membuat rumusan n kesimpulan sendiri...

Diperingatkan kepada diri sendiri, seandainye telah menerima sesuatu samada dizahirkan atau pun tidak dari seseorang dan walau marah macam mana pun kite padanya janganlah lupa pada dua perkataan wajib iaitu terima kasih dan maaf. Kedua perkataan ini sebenarnye adalah perisai utama kepada diri seseorang.

Mungkin pada diri aku perkataan ini tidak membawa apa2 maksud, tapi tahukah dengan hanya kemaafan kite akan dapat kebaikan?

i.                   Dapat memanjangkan usia seorang wanita

ii.                  Mampu untuk mengubah kehidupan ke arah lebih positif


Sebenar2nye kalau diikut2kan, maaf dan terima kasih memang agak sukar kedengaran mahupun hendak dikeluarkan dari mulut agak payah. Ucapan ini agak mudah tetapi penuh bermakna dan kadangkala sukar untuk dilafazkan oleh sebilangan orang. Jangan jadi sombong untuk berterima kasih dengan keikhlasan dan senyuman terukir di bibir, juga belajarlah untuk meminta maaf jika ada membuat kesilapan dan memaafkan sesame manusia untuk menjalani hidup dengan lebih tenang. Cuba buang rasa ego itu kerana tiade sedikit faedah pun yang akan kite perolehi.. Tutup buku lama, kite buka buku bru yer...

Monday, 26 March 2012

~ UrUsAn YaNg BeLuM SeLeSaI... ~


Sebagai manusia biasa yang diberi nafas buat sementara di muka bumi Allah ini, sudah pasti akan melalui pelbagai dugaan dan rintangan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ke hari ini sehingga ketika saat jari jemari menitip bicara ini, InsyaAllah dugaan berat yang menimpa hidupku ini masih lagi aku boleh harungi dengan redha.
Berpatah harap, putus asa n menyalahkan takdir tanpa penafian pernah aku alami n redahi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Air mata yang mengalir tumpah seolah2 seperti empangan yang pecah. Ape2 pun semuanye aku harungi dengan tabah dan redha. Aku mesti kuat. Keyakinan dipupuk di dalam hati, berpegang pada kate azimat : Hidup mesti diteruskan, mesti diteruskan walau ape2 pun yang berlaku…
Perjalanan masih jauh. Penuh onak ranjau n berduri. Yakin n tekad akan hadir kebahagiaan di lorong2 perjalanan yang akan datang. Semangat ku kuatkan, untuk aku kembali berdiri kukuh. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir x pernah aku lupa, walau apapun keadaan ucapan ini akan jadi pendinding kukuh supaya hati akan menjadi tenang pasti terpahat rapi kemas di sanubariku.

Walaupun bait2 bicara ini ringkas, tapi percayalah di dalam patah2 kate perenggan ini tersisip hakikat yang benar2 menyentuh jiwa.. Mengapa aku terlalu mengingatinya? Bukan tujuan untuk mengimbau kenangan silam atau memori lampau bukan juga aku tidak terima ketentuan Illahi qada’ n qadarNya. Di sini aku sedar, aku akur mengasihi n menyayangi tidak bererti n bermakna aku akan memilikinye ke akhir hayatku. Tetapi jujur hakikatnye hati aku ini terlalu merinduinya…. Ku pujuk hati ini, akan ku pendam rindu ini. Takdir ini aku terima.. Al Fatihah…

~ SaLaM MaULiDuR RaSuL 1433H... ~


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Selamat menyambut Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H.
Oleh itu, marilah kita sama2 menghayati pengorbanan Rasullulah S.A.W. dalam menegakkan agama Islam. Berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari kelahiran baginda.