Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agar puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..
Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelasnya ini puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..
Merindukah aku? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati ini. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur..
Bolehkah ku bertanya?
Adakah dirimu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah dirimu tidak pernah terlintas akan namaku ini, senyumanku, kasih sayangku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat dirimu tersenyum?
Bolehkah ku bercerita?
Aku terlalu merinduimu, sentiasa mengingatimu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai wangian yang pernah dirimu pakai, akanku toleh dan dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan dirimu... ingat kan dirimu.. rindu sungguh pada dirimu..
Bolehkah ku bertanya lagi..?
Adakah dirimu bahagia di sana? Gembirakah dirimu di sana? Senyum sentiasa terukir di bibirmu? Tawakah dirimu di alam tanpa ku? Telah ketemukah selaut bahagia yang dicari, seluas angkasa indah yang didambakan? Sejuta ketenangan hati yang diimpikan?
Bolehkah ku bercerita lagi?
Aku merinduimu, mata sentiasa ingin memandangmu.. Aku terima semua qada’Nya dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku sentiasa mahu melihat dirimu bahagia. Dan laksana itu dengan hibanya diri ini setiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai dirimu pada mata jiwa ku.. aku memandang dirimu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di sampingmu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi apakan dayaku hanya mampu melihat dari jauh demi kebabahagianmu…
Boleh ku bertanya?
Kenapa airmataku tanpa dipinta akan mengalir deras tika menitipkan kata monolog jiwaku ini? Sengsara kah aku? Deritakah aku… Hanya Dia yang Maha Mengetahui…
No comments:
Post a Comment