AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday, 26 March 2012

~ UrUsAn YaNg BeLuM SeLeSaI... ~


Sebagai manusia biasa yang diberi nafas buat sementara di muka bumi Allah ini, sudah pasti akan melalui pelbagai dugaan dan rintangan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ke hari ini sehingga ketika saat jari jemari menitip bicara ini, InsyaAllah dugaan berat yang menimpa hidupku ini masih lagi aku boleh harungi dengan redha.
Berpatah harap, putus asa n menyalahkan takdir tanpa penafian pernah aku alami n redahi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Air mata yang mengalir tumpah seolah2 seperti empangan yang pecah. Ape2 pun semuanye aku harungi dengan tabah dan redha. Aku mesti kuat. Keyakinan dipupuk di dalam hati, berpegang pada kate azimat : Hidup mesti diteruskan, mesti diteruskan walau ape2 pun yang berlaku…
Perjalanan masih jauh. Penuh onak ranjau n berduri. Yakin n tekad akan hadir kebahagiaan di lorong2 perjalanan yang akan datang. Semangat ku kuatkan, untuk aku kembali berdiri kukuh. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir x pernah aku lupa, walau apapun keadaan ucapan ini akan jadi pendinding kukuh supaya hati akan menjadi tenang pasti terpahat rapi kemas di sanubariku.

Walaupun bait2 bicara ini ringkas, tapi percayalah di dalam patah2 kate perenggan ini tersisip hakikat yang benar2 menyentuh jiwa.. Mengapa aku terlalu mengingatinya? Bukan tujuan untuk mengimbau kenangan silam atau memori lampau bukan juga aku tidak terima ketentuan Illahi qada’ n qadarNya. Di sini aku sedar, aku akur mengasihi n menyayangi tidak bererti n bermakna aku akan memilikinye ke akhir hayatku. Tetapi jujur hakikatnye hati aku ini terlalu merinduinya…. Ku pujuk hati ini, akan ku pendam rindu ini. Takdir ini aku terima.. Al Fatihah…

No comments:

Post a Comment