AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday, 12 March 2012

~ EmOsI YaNg X StAbiL... ~





Memang permulaan minggu ni ada sedikit beremosi.. Ada perasaan sedih yang tertanam dalam diri aku ni. Untuk entri kali ini aku ingin berbincang mengenai perasaan yang ade dalam hati manusia. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang dalam dunia ni akan mengalaminyakan???. Walau bagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih. Manusia sepsis ape tu ek… Pelik2..

Bagi manusia normal seperti aku, bile perasaan sedih menyelubungi, hati dan emosi mudah menjadi sayu. Aku selalunya tidak mampu kawal, sekuat mane pun semangatku, jangan hairanlah maka akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan camni berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa atau keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri aku. Di antaranya :-
1.         Kehilangan
Apabila aku mengalami kehilangan terutamanya insan yang amat disayangi akan menimbulkan perasaan sayu di hati. Memori bersamanya akan timbul sedikit demi sedikit maka timbullah perasaan sedih di hati ni.

2.     Dikecewakan
Apabila ditipu, perasaan dipermainkan ianya akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai n disayangi.
3.            Tiba-tiba
Pelikkan tapi ianya adalah kenyataan. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hati n perasaan menjadi hiba. Terlalu sayu sehingga sukar untuk diungkap. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..

4.            Mengenang nasib diri
Ianya berlaku jika sekiranya aku terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang rasanya tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.

Apa yang mampu aku lakukan untuk aku mennyahkan perasaan sedih ni??? Ade orang kate ketika kite mengalami masalah, jalan penyelesaiannye adalah bershare masalah yang dihadapi bersame orang lain yang dipercayai.. Ohhhh.. Bagiku NO.. Aku yakin sekiranya terdapat kesilapan aku meluahkan atau terdapat salah kefahaman maka ianya akan menimbulkan lebih masalah lain… Ape yang aku mampu hanyalah menangis. Menangis selagi ade air mata yang nak kuar. Tangisan ni tak banyak sikit mampu meredakan emosi yang sedang sarat bersarang di dalam hati ni. Di samping itu, ape yang mampu aku lakukan adalah mengingatiNye.. Melakukan solat, membace al-Quran.. Setelah itu terase ketenangan sedikit demi sedikit akan dirasai. Harap2 after ni, kebahagiaan n ketenangan meresap di dalm diri aku ni. Tak sukelah sedih2 ni… Tak sukeeeee….

No comments:

Post a Comment