Perrgghhhh. Dari tajuk entry.. Menakutkan
ek. Ini kisah yang terjadi awal bulan aritu. Time aku bercuti lame. Bermule
dari rase gatal sebelum nak tidur sehinggalah berlarutan ke pagi hari. Aku pun tak sure sebab apa punca ia
start gatal. Tau2 jer aku rasa kerap nak garu2 pada betis n tangan. Lama-lama
ia jadi semakin teruk. Rupa dia sebijik macam dalam gambar ni. Mula-mula
aku sapu minyak jer, tapi bila lama kelamaan ia masih tak baik2 malah semakin
banyak smpai perut suma, aku jadi makin risau. Pagi tu aku siap mandi
dengan sabun Dettol original lagi
untuk guna masa mandi. Siap salin cadar dan kerap mandi. Tapi masih tak baik2.
Lepas tu nak
taknak memang tak tahan sangat aku terpakse gak g klinik sendiri minta ubat
hilangkan gatal.. Rupanya doktor kata ni alahan.. Ooohh baru aku tau. Kusut gak dari
mane aku datangnye gatal yang tak diundang ini.... Doktor bagi enjection sebab
keseluruhan badan dah jadik bengkak2, ubat sapu dan ubat makan.
Balik dari
klinik tu, gase gatal nak garu tu masih tak kurang2. Ditambah pula dengan
keadaan badan yang berpeluh. Sangat tak selesa. Adoiii aaiii. Siksa dibuatnye.
Terpaksa menahan rasa gatal mengeyam satu badan lagi.. Sememangnye menyiksakan
jugak la.. Selepas 2 hari, rupa
kulit yang dahsyat tadi makin berkurangan dan rasa gatal pun hilang.
Dari sumber yang
aku bace kegatalan yang aku tanggung tu boleh berlaku disebabkan oleh alahan
dan bukan alahan. Berpunca dari bahan kimia yang dipanggil histamine yang
terhasil dari badan kita sendiri. Histamine ini boleh menyebabkan salur darah
mengembang dan pembengkakan tisu di sekeliling badan yang menjadi merah
pelbagai saiz dan bentuk. Macam2 lah…
No comments:
Post a Comment