Secara jujurnya, aku suka mendengar lagu berentak
perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang
tak sangka yang aku ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri aku
hakikatnya. Walau pun aku ni secara zahiriahnya, hu ha hu ha… Tapi naluri
kesyahduan serta kesentimentalan amat mempengaruhi jiwaku… Aku suka mendengar
serta menghayati bait-bait lirik lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam
lagu-lagu tersebut lebih mendalam, menyusuk jiwa dan raga serta kadang kalanya
terkena dengan batang hidung dan kehidupan aku.
Namun begitu,
terdapat juga lagu-lagu yang aku suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan
kehidupan dan kisah cinta aku. Kadang2 tu, sebutir2 bait2nya tertusuk di
sanubari… Kalau nak tahu lagi, lagu2 ni boleh menangkap feeling dan apabila
dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka
dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan
rasa lain. Nak pulak kalau menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi
menangis punya… Meraung....
Sebab itulah
jangan pelik dan hairan banyak di antara entry2 di blog aku termuatnya lirik2
lagu.. Setiap lagu2 tersebut, tersimpan 1001 kisah dan cerita… So, selepas ni
kalau nak tahu cuaca hatiku, bolehlah menghayati setiap bait2 lirik yer...
No comments:
Post a Comment