Info Bersama :-
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian
Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai
pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah
berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau
bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad
sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan
tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang
meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran
daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan,
lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan
syarak adalah dilarang.
3. Pemakaian inai
pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada
sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan
perubatan.
No comments:
Post a Comment