Jika
seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu
sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali
menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan
menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang
amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai
dan disayangi dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan
menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat
menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan
rasa EGOnya .
Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah
menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan
penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang
akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu
dalam.
Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis
kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan
dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu
itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan
dia..
Di saat dia menangis
didepanmu,
Di saat dia menangis
keranamu…
Lihatlah jauh kedalam
matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau
rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?
No comments:
Post a Comment