Apa
yang aku tulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma berharap ada yang
lebih memahami situasi aku ini terutamanya khas kepada yang ghajin bertanye
soalan yang sama berulang kali tanpa ade sedikit pun rase jemu… Cuma luahan
hatiku pada insan2 tersebut agar lebih memahami apa yg aku rasa dan apa yang
aku alami di tika dan saat ini… Untuk menulis ini sahaja membuatkan aku
berfikir berhari2.. Perlu atau tidak? Tapi disebabkan soalan yang same berulang
kali ditujukan kepada aku, nampak gayenye aku dengan rela hatinya terpakse
menjawap. Terus terangnya, aku perlukan kekuatan untuk menulis kali ini..
Tak
terlintas di hati ini untuk cemburu atau irihati dengan kebahagiaan orang lain kerana
bagi ku setiap kebahagiaan itu adalah anugerah Allah… Bila2 Dia boleh bagi dan bila@
juga Dia boleh tarik balik… So, tak payahlah nak bongkak atau sombong dgn
kebahagiaan yang diterima.. Setiap org ada masalah masing2 tapi perlu ke dicanang
kepada semua? Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang xnak
bahagia. Mungkin belum lagi rezeki kami untuk duduk sebumbung. Walaupun begitu,
aku amat bersyukur. Aku bersyukur pada Allah. Semua orang tak sama, masing2
mengalami masalah yang berbeza. Begitu jugalah aku.
“Sampai
bila nak idup macam ni?”. “ Bila nak tinggal bersame ni?”.. Ya Allah,
sesungguhnya soalan seperti itu amat sukar untuk dihadapi. Bila? Bila yer?
Kalaulah jawapannya semudah esok, lusa, bulan depan, tahun depan, bagusnya jika
boleh menetapkan sendiri semudah itu… Yang pastinya aku percaya kepada qada dan
qadar Allah.. Seperti mana ajal dan maut yang satu ini adalah rahsia mutlak
Yang Maha Esa.. Sesungguhnya apa yang telah ditetap dan ditentukan semestinya
adalah yang terbaik.
“Tinggal
bersame kasih sayang akan terikat”… Kenapa? Apakah duduk berasingan, kami tak
boleh memupuk kasih sayang, jika begitu, kenapa ramai pasangan yang duduk
sebumbung tapi masih bercerai-berai? Duduk sebumbung, tapi tidurnye
berasingan???
“Nanti
kalau isteri tak ada di sisi, suami kahwin lain”. Sama juga seperti di atas,
apa penentunya jika tinggal sebumbung suami tak kahwin lain? Kenapa ramai jer
suami yang cari bini lain?
“Kehidupan
isteri akan lengkap apabila suami sentiase di sisi"… Oohhh yer ker??? Rupenye
kehidupan aku masih belum lengkap lagi. Tahu tak kata2 itu ibarat pedang yang
menghiris hati ini…
Aku
belajar menerima dan redha dengan apa yang dialami bukan mudah , tapi yang
menjadikannya semakin sukar adalah sikap segelintir insan2 di sekeliling yang
seolah2 menganggap apa yang kami alami adalah satu masalah besar dalam hidup
mereka… Menjadikan masalah kami adalah masalah mereka sehingga sanggup “memberi
nasihat” tanpa mengira sama ada ianya menyinggung perasaan kami atau tidak...
So,
lepas ini tolonglah lebih memahami dan jangan lagi diajukan soalan2 bangang
yang macam tu… Faham, mungkin ada yang tak sengaja, takde niat pun nak
menyinggung hati aku dan tak tau pun kata2 macam tu boleh menyinggung perasaan aku...
Seandainye bertanye lagi , aku akan jawap hanye dengan senyuman ikhlas…
No comments:
Post a Comment