"Marilah mari kita mengundi
Tunaikan kewajipan pada negara"
Yeee Haaa… Antara lirik lagu yang mengajak orang keluar mengundi. Dan
pastinya lagu ini hanya boleh didengar bila musim pilihanraya jerkan. Huhuhu. Tapi
tahun ni lagu ni telah bertukar rentak. Lebih rancak dan bersemangat. Ada lagu
baru plak tu. Jom Kita Mengundi, Jom Kita Mengundi… Boleh tahanla. Tapi aura
lame gak yang menyengat rasenye… Lebih bernostalgia.
Sebelum pengumuman tarikh mengundi PRU 13 oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Yusof lagi kami
warga KEMAS telah pun mula sibuk. Walaupun aku n kawan2 xde pun terlibat dalam hal
ehwal politik. Namun sebagai tulang
belakang kerajaan, bahang PRU 13 turut jelas kami terase. Secara jujurnya kali
ini kami rasakan sengit bagi parti Barisan Nasional
dan juga Pakatan Rakyat. Bagi yang layak
mengundi diharap dapat membuat pilihan yang tepat dan berbaloi. Semoga PRU 13 ini berjalan dengan lancar dan aman. Tak
sabar rasanya hati nak mengundi kali ke 2 ni.
Kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah mengundi tu ? Apelah
punye soalan cepumas. Penting sangat sebenarnya. Cedok dr Mr. Google, berdasarkan Penyair
German, Bertolt Brecht, beliau mengatakan
org buta yg paling teruk ialah BUTA
POLITIK. Orang yg tidak ambil bahagian dalam politik seolah-olah tidak mahu
peduli dengan segala kos hidup dan hal-hal berkaitan negara. Ada juga yg
pertikaikan kenyataan tersebut. Mereka kata, itukan pendapat orang Jerman, tiada
kena-mengena dengan negara kita, itu cara hidup mereka. Haaaaaaa, itu
pertikaian golongan yg ego sebenarnya. Cuba menafikannya hanya semata2 mahu
buat tidak tahu dengan apa yg berlaku disekelilingnya. Mungkin bagi mereka tak
nak kusutkan fikiran untuk memikirkan masalah politik negara. Itu namanya
pentingkan diri sendiri sebenarnya.
Menurut Prof Dr Muhaya, Pakar Mata&Pakar Inspirasi pula. "Sekiranya kita tidak
mengundi, orang yg tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan
mendapat kuasa itu. Apabila org yg tidak layak mendapat kuasa, kita turut
bertanggungjawab atas perkara itu kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab
kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan,
mengundi adalah cara musyawarah peringkat global"
Kesimpulannya, janganlah pentingkan diri hanya kerana anda
bencikan sesetengah golongan yg terlibat dalam politik. Jangan sekadar goyang
kaki, mulut lantang bersuara mengatakan itu ini tentang politik, sedangkan anda
tidak mengundi. Bangkitlah dari 'pemikiran zon selesa'. Undi adalah HAK anda.
Mengundilah yer... Bagi aku, diri aku ada satu undi yang akan
menentukan masa depan DUNku, Negeriku dan Negaraku. Satu undi ini amat besar
nilainya untuk DUN dan Parlimen, walaupun nilainya hanya satu. Satu undi ini akan menentukan siapa
yang bakal berkuasa di negara ini. Satu undi yang akan menentukan perbagai
perkara. Terase amatlah besar nilainya undi yang ada pada diri aku.
Persoalan siapa yang harus aku berikan undi ini pada 5 Mei 2013
nanti???. Siapa yang layak menerima undi dari diri aku ini. Hehehehe… Silap2,
banunye tiada langsung persoalan itu difikiranku… Bagiku tiada sebarang pilihan
di sini walaupun hakikatnye aku diberi pilihan. Pilihanku hanya 1, pilihan yang
tepat tanpa berpaling kearah yang lain… Pinjam kata2 daripada PKMN Melaka : PRU 13, insya Allah kita akan
menang bergaya. Amin2 ya Rabbal Al Amin…
No comments:
Post a Comment