AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday, 2 July 2012

~ BeRuBaHlAh... ~



Teman-temanku adalah orang yang aku kasihi...

Sekali berkawan, selamanya bersahabat. Aku akan mengambil berat tentang segala-galanya mengenai seorang sahabat seperti aku kasihkan adik-beradikku sendiri.

Namun, hati ini tersentak kerana segalanya seakan musnah apabila dia mula membuat perangai. Kusangkakan dia akan kembali berubah seperti asal. Ku kira dia sekadar culture shock tetapi, aku dibuang dari menjadi sahabat hatta seorang kenalannya! Selama ini, bertahun-tahun aku kukuh menyimpan aibnya, tidakkah sedikit pun di hati kecilnya untuk berterima kasih?(Aku bukan berharap penghargaan). 

Aku tahu apa yang dia buat itu salah, aku sebagai sahabat cuma menegur... Salahkah? Tinggi sangat egonya sampaikan nasihat dari seorang sahabatnya pun dinyahkan... Sekarang ini, dia semakin teruk.. Sahabatku yang lain pun ada memberitahu dari sumber yang dipercayai bahawa sahabatku yang telah lupa diri itu telah terlalu banyak berubah... 

Dia bukan seperti yang kami kenal sewaktu masa dahulu... Aku cuma menggeleng-geleng kepala, aku sudah agak, perkara ini akan berlaku jika dia tidak berubah... Apapun ku doakan dia bahagia dan akan tersedar akan kesilapannya... Semoga dia berubah. Amiiin.

No comments:

Post a Comment