AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Sunday, 8 July 2012

~ PaGi IsNiN YaNg GeMbIrA... ~






Kenapa arini rasa gembira? Tahlah aku sendiri pun tak tau. Tapi sememangnye arini terase hati seronok sangat, jiwa pun rase tenang n damai jer… Biaselah diri aku nikan, selalunye emosi tak berape nak stabil.  Ada hari aku gembira dan ada hari gak yang aku tak gembira... Normallah tu ek….

Mungkin sebab utama aku gembira ialah:

Sabtu ahad duk umah.. Tak kemana2 pun. Dengar macam menyedihkan sebab 2 hari terperap kat umah jer, tapi apa salahnyakan.. Aku duk umah dan mendobi sakan-sakan. Basuh jemur lipat, basuh jemur lipat. Sukanya sebab hari panas sampai petang. Basuh kain baju+cadar+selimut dan kering serta merta. Pastu layan anak2 sampai petang. Layan biji mata. Kejap2 tido. Tv jer tengok aku. Pastu masak makan. Makan masak. Best giler. So tido adalah cukup. Pagi ni datang keje muka ceria sebab cukup tido…

Pagi ni perangai anak-anak sangatlah baik. Farra, Akim n Nana ke sekolah muka ceria. Takde kes hilang stokin @ anak tudung. Myra  bangun siap mandi dan gosok gigi tanpa melalak. Allya pun ceria pagi ni, nak2lah selepas mandi. Bile semuanye berjalan dengan lancar, maka tiadalah edisi berpeluh pepagi hari.. Aku paling tak suka kelam kabut dan keluar rumah dengan berpeluh ketiak. Rasa macam angin satu badan dan rimas sangat. Huhuhu.. Harap-harap tiap2 pagi macam ni, barulah produktiviti kerja meningkat... Tak gitu Shida???



No comments:

Post a Comment