Apa rasanya kalau putus cinta eekkk??? Ada orang kata sakitnya
putus cinta ni bukan macam terkena pisau, tapi sakitnya luka itu umpama sakit
gigi. Yer ker gitu ??? Mungkinlah jugak kot. Kerana bila sakit gigi, kita tidak
mampu untuk fikir benda lain lagi dalam hidup kita. Kita tidak boleh buat apa
satu kerja pun pada masa tu. Kalau silap orang usik. Mau ditengkingnya. Dunia
jadi sasau seketika. Mungkinlah kot…. So ???
Kalau betullah gitu gamaknya, aku mendoakan kepada semua yang
belum pernah bercinta, yang sedang ingin bercinta, yang sedang bercinta, yang
sudah putus cinta dan kepada MEREKA yang tidak mempercayai apa itu cinta. “LETAKLAH CINTA ANDA ITU BERPADA2,
JANGAN KELAK ESOK MEMAKAN DIRI”
"Dunia tidak mampu bersuara, tapi percayalah
selagi kita setia dengan cinta kita, meskipun akhirnya kita dikecewakan,
percayalah bahawa cinta itu dan si dia itu juga bukanlah yang terbaik untuk
kita! Tanam dalam diri, pasti si
dia yang terbaik itu tidak hadir sekarang kepada kita kerana mahu menyiapkan
dirinya untuk menjadi YANG TERBAIK untuk wanita yang TERBAIK seperti
kita..." InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment