Isteriku...
jika engkau bumi
akulah matahari
Ingatlah bahtera yg kita kayuh
begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari
bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa
Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet
lain
menyampaikan faedah adanya aku
*** Balasan Puisi Sang Isteri***
Suamiku...
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan
sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga
seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaranmu...
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja
janganlah bermimpi untuk
menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang
kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu pada cermin kaca
di sudut kamar kita
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin?
atau jangan-jangan cuma mancis
saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!
No comments:
Post a Comment