Aku percaya ramai di luar sana
yang berdepan dengan cinta jarak jauh. Begitu juga dengan diri aku. Ratusan
kilometer memisahkan kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun
berjauhan seperti ini tidak pernah memadamkan rasa kasih sayang dan cinta aku.
Jarak tak pernah memisahkan dua
hati
Telah aku pelajari dalam
kehidupan ini yang jarak takkan menjadi penyudah atau pemisah dalam sesuatu
perhubungan. Aku sedar dengan jarak juga dapat membangkitkan rasa kasih sayang
dengan lebih mendalam. Ianya membuatkan aku untuk lebih menghargai.
Bila berjauhan seperti ini
mungkin kadang-kadang membuatkan hati aku cepat tersentuh. Terasa diri
lebih sensitif. Air mata menjadi peneman setia. Sentiasa bergenang
airmata aku, membayangkan kerinduan anak2 kepada ayahnya, anak jer ker?
Kerinduan si ummi tu, hehehe 'no komen la'.Apatah lagi bila melihat kehidupan orang lain. Bila orang buli aku, insan
yang aku sayang tiada bersama aku untuk bela diri aku. Situasi itu yang
paling aku tidak gemari.
Mesti bukan perkara mudah tapi orang kata 'alah bisa,tegal
biasa'.
Bukan
senang nak 'handle perasaan bila berjauhan ni. Banyak setan gondol yang
bertanduk merah bawak tongkat duk cucuk-cucuk hati menggoda perasaan 'kalau tak
kuat iman boleh terlungkup. Tak percaya? Sila cuba....... Paling merisaukan saat berjauhan ialah
bila anak2 demam @ sakit.mesti susah hati..
Insya Allah... Suatu masa nanti aku mesti dapatkan kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti. Jalani kehidupan dan dipermudahkan untuk segala urusan. Allah beri extra kesabaran dan ketabahan Buat masa sekarang, jarak tidak menjadi masalah kerana banyak cara untuk kami berkomunikasi. Betul tak??