Perkara ini memang akan terjadi. Jujurnya, aku sendiri pun pernah mengalaminya. Pernah tak kau tengok orang yang selalu mengutuk orang lain atas dosa/kesalahan yang dilakukan, tup tup tak lama lepas itu dia pun buat benda yang sama juga? Kalau ikut pepatah orang Melayu, cakap tak serupa bikin.
Kalau direnung-renung balik, pernah tak perkara macam ini terjadi?
Dari
satu sudut lain, mungkin kita tak terfikir yang kita ni asyik lah mengumpat dan
mengungkit dosa seseorang yang kita anggap dosa besar. Pada hal kita tak tahu
yang kemungkinan dia dah bertaubat dan kedudukan dia lebih mulia di sisi Allah
berbanding kita yang taksub mencari salah orang lain.
Renung-renungkan
dan selamat beramal... Nasihat untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment