AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday, 24 September 2012

~ BeSdAy NaNa 5 TaHuN... ~

Ini story bulan Julai 31 aribulan yang lepas. Pada tarikh tersebut genap umur Nana 5 tahun. Ini bermakna anak daraku ini sedang meniti usia. Pejam celik-pejam celik dah besar rupenya anakku..Ulangtahun anak adalah peristiwa penting dalam hidup aku sekeluarga. Meraikannya tidak semestinya mengadakan majlis secara besar-besaran. Yang pentingnya meraikan hari bersejarah itu bagi membuat persediaan untuk melalui tahun seterus dalam hidupnya, yang mane ianya adalah tempoh yang penuh dengan penemuan baru.

Secara tidak langsung itu detik permulaan bagi Nana untuk belajar berdikari.Walaupun Nana mungkin tidak memahami erti sambutan hari lahirnya dan tidak kisah sama ada majlis atau tidak tetapi aku akan memastikan ia menjadi kenangan paling istimewa dalam hidupnya.


Itulah juga masa terbaik bagi aku memulakan tradisi keluarga sendiri. Tradisi itu biasanya unik dan diharap berterusan dalam hidup aku sekeluarga dan diteruskan oleh anak2 apabila mereka berkeluarga nanti.

Birthday Nana untuk tahun ni takda kek harijadi seperti tahun2 sebelumnya. Memandangkan ari tersebut jatuh pada bulan Ramadhan so takdalah aku beli kek untuknya. Ini adalah kerana pada ari tersebut terdapat lambakan rezeki so sekiranya kek tersebut dibeli maka tidak mustahillah ada di antara rezeki yang disediakan terlontar di tempat pembuangan sampah. So membazirkan. Aku dah terangkan dengan jelas pada Nana dan dia menerima alasan aku dengan hati yang terbuka. Walau bagaimanapun, oleh2 untuk kawan2 di sekolah tetap aku sediakan....














 Untuk NUR FILZA ADLINA......ummi senantiasa mendoakan yang terbaik. Semoga Nana menjadi anak yang solehah dan taat pada perintah Allah SWT, dan sesungguhnya ummi amat berbangga dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana ummi dianugerahkan seorang anak serta kakak kepada adik2 yang pandai menjaga hati ummi dan adik2. Walaupun kekadang ada permintaan yang Nana minta lambat ummi tunaikan....


No comments:

Post a Comment