AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday, 25 September 2012

~ CiNtA JaRaK JaUh... ~


Aku percaya ramai di luar sana yang berdepan dengan cinta jarak jauh. Begitu juga dengan diri aku. Ratusan kilometer memisahkan kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun berjauhan seperti ini tidak pernah memadamkan rasa kasih sayang dan cinta aku.
Jarak tak pernah memisahkan dua hati
Telah aku pelajari dalam kehidupan ini yang jarak takkan menjadi penyudah atau pemisah dalam sesuatu perhubungan. Aku sedar dengan jarak juga dapat membangkitkan rasa kasih sayang dengan lebih mendalam. Ianya membuatkan aku untuk lebih menghargai.
Bila berjauhan seperti ini mungkin kadang-kadang membuatkan hati aku cepat tersentuh. Terasa diri lebih sensitif. Air mata menjadi peneman setia. Sentiasa bergenang airmata aku, membayangkan kerinduan anak2 kepada ayahnya, anak jer ker? Kerinduan si ummi tu, hehehe 'no komen la'.Apatah lagi bila melihat kehidupan orang lain. Bila orang buli aku, insan yang aku sayang tiada bersama aku untuk bela diri aku. Situasi itu yang paling aku tidak gemari. Mesti bukan perkara mudah tapi orang kata 'alah bisa,tegal biasa'.

Bukan senang nak 'handle perasaan bila berjauhan ni. Banyak setan gondol yang bertanduk merah bawak tongkat duk cucuk-cucuk hati menggoda perasaan 'kalau tak kuat iman boleh terlungkup. Tak percaya? Sila cuba....... Paling merisaukan saat berjauhan ialah bila anak2 demam @ sakit.mesti susah hati..

Insya Allah... Suatu masa nanti aku mesti dapatkan kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti. Jalani kehidupan dan dipermudahkan untuk segala urusan. Allah beri extra kesabaran dan ketabahan Buat masa sekarang, jarak tidak menjadi masalah kerana banyak cara untuk kami berkomunikasi. Betul tak??

No comments:

Post a Comment