AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday, 6 September 2012

~ SyMp... ~



September 2012.. Sekejap jerkan?? Masa yang berlalu terasa begitu cepat. Siang dan malam yang bertukar silih berganti bagai tidak terasa. Inilah percaturan Tuhan. Dijadikan siang itu untuk manusia bekerja. Mencari nafkah. Dan waktu malam itu untuk berehat. Dan bagi mereka yang pencariannya di siang hari tidak mencukupi maka ada juga yang memperuntukkan sebahagian malam itu untuk mencari rezeki juga. Begitulah resamnya manusia yang hidup di muka bumi ini. Maha Suci Allah yang mengatur segala yang dilangit dan di bumi. Kerana DIA kita hidup dan kerana DIA juga kita mati..
SYMP??

Walau pun hakikatnya purata sehari lebih daripada 5 kali ayat tersebut tertera di setiap penamat surat2 yang dikeluarkan TETAPI hati kecilku terpanggil untuk berbicara mengenai ini akibat dek bait2 ayat tersebut dilafazkan oleh PKMN sebanyak 2 kali di dalam Mesyuarat Pengurusan Bil. 7/2012,. Apa itu SYMP?

SYMP ialah singkatan dari ayat SAYA YANG MENURUT PERINTAH..



Pasti biasanya mendengar kalimat inikan. Biasa dituturkan di mana2 terutamanya dari mulut mereka yang bergelar pekerjakan.

Bagi aku ayat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Menunjukkan nilai ketaatan. Boleh jadi ketaatan seorang pekerja kepada majikannya..

Berbicara soal ketaatan kepada makhluk sama ada soal tugas, arahan atau perintah terhadap sesuatu. Maka apa yang harus kita ketahui ialah perintah itu semestinya tidak melanggar perintah2 yang sepatutnya.

Ya! Ketaatan itu perlu. Ketaatan rakyat kepada pemimpin. Ketaatan pekerja kepada majikannya. Ketaatan si anak kepada ibu bapanya. Tapi, ingatlah. Tiada ketaatan yang lebih utama dari ketaatan kita kepada Allah. Taatlah kepada mereka yang berkenaan selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang bersalahan dan melanggar syariat Islam. Tapi,bilamana apa yang diperintahkan itu melanggar perintah Allah. Maka kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah dan turuti apa yang telah perintahkan. Sesungguhnya sesiapa yang menjaga hak Allah. Maka Allah akan menjaga haknya. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment