Dalam membusy dengan anak2 yang 5 tu,
aku terfikir satu perkara. Umur ni tak lah tua sangat. baru jek 34 tahun,chehhhh...
tak tua sangat tu. Ada jer kawan yang tak kawen lagi pun dalam usia camni. Tapi
anak aku dah 5. Tu rezeki dunia akhirat tu pada alu. Memang penat sangat bila
anak ramai dan agak rapat sebenarnya. Ooooo aaiiiii, bukan sikit2 penat tu.
Tapi bila fikir apa hikmah disebaliknya terus aku cuba gagahkan diri sedayanya.
Pernah ada
gak seakan menghina/perli aku anak dah 5. Pelik ker anak ramai? Tak pelik pun
pada aku walau zaman sekarang ni ramai yang nak 2-3 orang anak jer. Mungkin
sebab busy atau malas nak serabut kan otak dengan urusan anak. Sampai ada gak
bunyi2 sumbang mengatakan jangan kejarkan kuantiti tapi kualiti. Serius cakap
kalau ada peluang aku nak anak lagi ramai. Harta dunia boleh cari, tak kiralah bagi
seorang wanita menjadi suri rumah atau pun yang bekerja selagi isytihar diri
sebagai ibu maka anak2 adalah harta akhirat. Menjaga dan mengasuh anak adalah
saham akhirat untuk diri ini. Itu saja yang aku fikir.
Rezeki Allah bagi, dulu aku takut untuk beranak
ramai. Sampailah satu ketika terjumpa satu ibu muda dalam akhir 20-an yang
mempunyai anak kecil seramai 5 orang dan ibunya cantik serta slim melim tau
tak? Masa tu memang ternganga mulut tengok dan kagum. Sebabnya dia urus sendiri
anak tu tanpa bantuan dari pembantu rumah. Takda pembantu rumah dan urus anak
sendiri memang buat aku kagum. Sekarang ni anak dia dah 6 orang, semuanya
lelaki..hero!
Sejak kenal
dengan ibu muda ni terus aku rasa seronok tengok orang ada anak yang
ramai. Dia seorang ibu yang pintar, suri rumah sepenuh masa yang menjadi suri
di hati suaminya dan ibu terbaik buat anak-anaknya. Terus menjadikan adik tu
idola dalam mendidik diri untuk menjadi sekuat dan setabah itu dalam menjadi
seorang ibu buat anak2 aku sendiri. Ramai rakan kata kalau camni, mungkin anak aku
akan jadi 8 orang kot? hehehe...
Bagi yang
kenal aku mesti tau aku bercita-cita punyai anak ramai dan kalau boleh lepas ni
nak anak lelaki jer berderet. Hidup bukan lama pun, tak guna ada duit yang
banyak, kereta mewah dan rumah besar macam mahligai tapi anak penghubung untuk
kita di akhirat tak ada. Tak gitu? So pikir2kan...
No comments:
Post a Comment