Ucapan khas buat semua umat Islam di dunia yang
menyambut Hari Raya Haji.
Jom kita renung dan menyingkap sikit kisah di
sebalik Hari Raya Aidiladha ataupun lebih popular dengan Hari Raya Korban.
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah
menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari
mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti
Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar
berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu
merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail
berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah
S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun
membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat
orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin
sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan
perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap
menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi
Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya,
“Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara
aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup.
Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat
kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T
perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah
lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah
mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun
menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya
itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah
S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana
memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101
hingga ayat 111
Pengenalan
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar
di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha
disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan
Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10
Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi
10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada
pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari
untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah
s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik
ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari
iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi
istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah,
bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh
penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan
dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar
bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang
paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari
raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2
rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya
Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik
ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari
iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di
kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan
ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak
menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati
kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.