AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday, 23 October 2012

~ PeRmAtA UmMi... MeLaNgKaH LeBiH JaUh... ~





Masih banyak yang perlu Hakim pelajari dan perbaiki. Pencapaian yang berperingkat2 ini, aku harapkan akan terus membakar semangatnya. Pada aku kejayaan yang dicapai secara bertahap-tahap adalah lebih baik berbanding kejayaan yang datang sepantas kilat. Secara peribadinya, aku mahu melihat anak aku seorang anak yang sanggup bersaing untuk menempah kejayaan cemerlang.

Hakim mewakili Parlimen Kota Melaka Sempena Hari Potensi kanak2 TABIKA KEMAS Tahun 2012 untuk ke Peringkat Negeri Melaka untuk Pertandingan Bercerita Kategori Lelaki di Politeknik Merlimau Melaka pada 6 Oktober 2012, akhirnya alhamdulillah Hakim berjaya dan dinobatkan untuk mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 2-5 November 2012 di UITM Dungun, Terengganu. Secara tak langsungnya aku dapat merasakan di kedua2 hari tersebut Hakim dapat merasakan keadaan sebenar suasana sesebuah pertandingan dan menjadikan dirinya lebih bersedia.          Insya Allah…





Untuk dishare bersama. Ingatlah…
·       Sementara kita berusaha mengajar anak-anak kita pelajaran tentang hidup. Sebenarnya nak-anak kita mengajar kita erti apa itu kehidupan....

·       Hal-hal terbaik yang dapat anda berikan kepada anak-anak selain tingkah laku yang baik adalah kenangan yang indah....

·       Kita tahu cara bagaimana menemukan mutiara dalam rumah kerang.
Emas dalam gunung.
Dan batu dalam perut bumi.
Tetapi kita tidak menyedari
  Bakat-bakat rohani dan potensi kreatif yang tersembunyi dalam diri seorang anak adalah
Ketika ia lahir....

No comments:

Post a Comment