Bagi memastikan sesuatu acara dan
program berjalan lancar, menggunakan kuasa Veto sebagai Jawatankuasa Induk
Pertandingan Rekacipta Hari Potensi Kanak2 TABIKA KEMAS Peringkat Negeri Melaka
Tahun 2012, tanpa sebarang arahan serta penerimaan bantahan apatah lagi
ketidaksetujuan maka diputuskan persiapan perlu diadakan sebelum hari kejadian.
Maka semua Jawatankuasa Kecil secara rela hati atau tidaknya wajiblah
menghadirkan diri. Bagi aku ini adalah amat penting kerana untuk menyediakan
semua peralatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh setiap kumpulan adalah
amatlah rumit. Jadi dengan persiapan ini, diharapkan kesempurnaan diperolehi
tanpa timbulnya isu2 hangat yang tidak diingini pada acara sebenar keesokan
harinya.
Berikut adalah gambar2 yang
sempat dirakamkan sepanjang persiapan pertandingan.
No comments:
Post a Comment