Peribahasa
ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh orang2 tua dulu2 memang menakjubkan.
Tepat pada sasarannya serta cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.
Ianya juga turut mempengaruhi panggilan kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling.
Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada
juga nama panggilan agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuknya.
Antaranya ialah pokok misai ngiauuu.
Hehehehe... Sesuke ati aku jer ek. Pokok Misai Kucing, itu yang tepatnya. Pokok
ni buah hati aku yang tanam. Aku memulenye dok tergelak gak apabila buah hati
menyebut namenye. Ingatkan dia wat lawak. Almaklumlah bab2 misai nikan... Sensitive gitu... Hahahahha... Tetapi dari ke hari apabila ku perhatikan ade benarnye panggilan ini kerana
ianya berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.
Time buah hati tanam tu dia ada kata pokok misai kucing ini digunakan, secara tradisional
untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang. Kaedah menggunakan
daun misai kucing untuk merawat penyakit agak mudah just ambil daun2nya yang
segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering. Bila sudah kering
daun itu direbus dengan tiga gelas air kosong sehingga pekat atau tinggal lebih
kurang segelas air kosong. Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit
beberapa kali sehingga habis. InsyaAllah penyakit akan sembuh. So sesiape yang
ingin mencube dan memerlukan daun misai ngiauuu ni bolehlah yer khabau2 kat
aku...
No comments:
Post a Comment