Jom lah cuci mata dgn Bubur Pulut Hitam Special
Ummi ni. Mesti ade diantara korang dah biasa sangatkan buat bubur pulut hitam
ni. Sejujurnya inilah kali pertama aku memasaknya. Itu pun adalah disebabkan
kerana telinga aku ni selalu sangat dok dengar ade member sorang tu yang
jirannya asyiklah menghantar semangkuk bubur hitam di setiap hujung minggu
untuknye so tak banyak ckit terliur gak dek tekakku ni. Untung dia ek.. Tak
macam aku ni, kalau terasa nak makan tau x tau kenelah masaklah sendiri.
Hehehehe.. Secara peribadinya dapat aku katakan
bubur ni adalah bubur yang amat mudah dimasak dan sedap lak tu dimakan suam2
panas. Mudah2 pun ade 1 gak masalahnya pulut hitam ni makan masa yang agak lama
juga untuk kembang bila direbus. Memerlukan daya kesabaran yang maksimum. Walau
bagaimanapun, anak2 aku suka makan yang disejukkan dalam peti ais. Tapi selera
aku suka makan yang suam2 panas sesuailah dengan aku yang tak makan bende2 yang
sejuk.
Bubur pulut hitam ni aku hidangkan bersama pati
santan. Pati santan tadi dicampur sedikit garam dan sedikit tepung jagung.
Kemudian dimasak dengan api kecil hingga pekat. Ia dituang atas bubur pulut
hitam tadi sebelum dihidangkan....
No comments:
Post a Comment