AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday, 10 October 2012

~ TaHnIaH UnTuK AnAk UmMi... ~

Hari Potensi Kanak2 KEMAS Peringkat Parlimen Kota Melaka
29 September 2012
Kompleks Komuniti Desa Parlimen Kota Melaka

TUGAS mendidik anak bukan mudah kerana ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit daripada aku, nak2 seperti aku yang boleh dikatekan tugas mendidik anak2 ni sepenuhnya di bawah tanggungjawab aku..

Puratanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja aku hanya ada 3-4 jam sahaja untuk mengawasi tingkah laku, pembentukan sahsiah dan rohani mereka. Selebihnya aku mengharapkan cikgu mereka di sekolah terutamanya dalam pendidikan formal.

Semestinya aku akui kejayaan anak2 tidak akan tercapai tanpa ada kerjasama guru dan ibu bapa.


Tidak dapat dinafikan aku seorang ummi yang tegas di rumah demi memastikan anak2 tidak melanggar disiplin ketika berada di rumah.

Alhamdulillah, Allah memberi lorong dan mempermudahkan urusan. Berada di unit baru  memberi  ruang  kepadaku  melaksanakan  tanggungjawab yang lebih bermakna kepada anak2. Amat terasa sekali kini tumpuan kepada anak2 dan tanggungjawab di rumah dapat aku laksanakan dengan jayanya. Aku dapat banyak masa bersama anak2. Aku akui dulu aku tidak berpeluang membuat yang terbaik. Asalkan anak2 aku telah siap homeworknya bagiku sudah memadai  untuk kuasah bakat mereka sayup sekali.








Secara peribadinya aku amat berpuas hati. Salah satu daripadanya ialah aku dapat melatih Hakim bercerita sebaik sahaja aku mengetahui dirinya telah terpilih mewakili TABIKAnya pada Hari Potensi Kanak2 TABIKA KEMAS Parlimen Kota Melaka. Lama aku tak bercerita tentang heroku, Hakim… kan? Hehehe… bukan tak mau cerita, tetapi tak banyak berita nak dikhabarkan..


Hakim telah terpilih untuk Pertandingan Bercerita oleh teachernya pada awal tahun ni lagi. Alhamdulillah kerja menjadi lebih mudah apabila Hakim telah boleh membaca  dengan agak  baik.  Cuma perkataan-perkataan yang panjang sedikit perlukan bantuan daripadaku.











Melihat  kemampuan  membaca yang ada pada Hakim sebenarnya   memang sukar dipercayai. Bagiku, tidak   ada yang mustahil jika  dapat keizinan Allah asalkan  tidak  mudah putus asa.

Aku  memulakan latihan bercerita 2 kali dalam sehari bekerja iaitu sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.  Cara latihanku amat  fleksible.  Apabila hari cuti aku gunakan  setiap kali  ada masaku  ataupun masa Hakim yang   terluang  untuk tujuan ini. 

Dari awal lagi, semuanya berjalan dengan baik seperti yang kurancangkan. Aku sering meyakinkan Hakim  bahawa dia memang boleh melakukannya.  Latih tubi bercerita, keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai  dengan  sebutan  yang betul  banyak berlaku pada masa  sesi latihan ini. Selalunya Hakim akan bercerita di hadapan adik beradiknya. 
















Seawalnya, aku tak jemu2 untuk memupuk semangat membaca. Niat aku agar dia boleh membaca, menulis dan mengira matematik mudah sebelum menjejakkan kaki ke darjah satu sekolah rendah tahun hadapan.

Walaupun Hakim kurang didedahkan dengan kegiatan luar seperti pertandingan melukis untuk menguji bakatnya namun sifat keberanian berhadapan dengan khalayak telah terdidik di dalam dirinya secara semulajadi.

Sebagai umminya aku hanya mampu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan anak2 menerima pelajaran, kemahiran dan pendidikan rohani yang sempurna.












Saat paling manis 29 September 2012, apabila heroku yang sorang ni Muhammad Fikri Hakim meraih Johan kategori lelaki bagi Pertandingan Bercerita Sempena Hari Potensi Kanak2 TABIKA KEMAS Peringkat Parlimen Kota Melaka. Tahniah anak Ummi...























Pada hari tersebut pelbagai lagi pertandingan seperti Nasyid, Tarian, Kompang Berformasi, Teater, Rekacipta, Bercerita, Story Telling, Tilawah Al Quran dan Pdato dijalankan..

Selesai semua pertandingan dijalankan, sambil menunggu tetamu jemputan hadir, ibubapa dihiburkan dengan Nyanyian Dondang Sayang.

No comments:

Post a Comment