Sekarang
ni memang terase sangat2, cepatnye kehabisan stok makanan di rumah. Bila aku
meluahkan rase ati ni pada buah hati n kawan2, jawapan dorang adalah sama iaitu
: Biasalah tu, anak2 tengah nak naik, semakin membesar. Aku seperti biaselah
citer2 gak, tapi dalam mase yang same kepale otak aku ni ligat berpikir, camne
nak menyelesaikan perkara tersebut. Aku tak anggap ini adalah satu masalah cume
aku tengah dok memikirkan bagaimane keadaan tersebut berjalan dengan lancar
stok makanan habis langsung. Takkan aku nak sekat makan anak2? Ooohhhh sama
sekali tidak. Cuma aku dapat pikirkan sekarang ni, selain beli wat stok, dalam
masa yang sama gak aku tak boleh putus membeli, sedikit demi sedikit, membazir
sama sekali dielakkan berlaku n alternative baru, beli2 gak tetapi di dalam
masa yang sama yang mana aku boleh wat sendiri, aku akan wat sendiri. Wat
dengan air tangan sendiri. Selain daripada anak2 mendapat kepuasan sepenuhnye,
ianye jugak terkandung unsur2 penjimatan di situ. Hahahahaa....
Aku
selalunye kalau dok kat dapur mengadap kedai runcitku itu. Sambil selak2 stok
makanan yang berbaki. Aku sentiase berpikir ape yang aku boleh buat dengan
benda2 yang sedia ada. Maka tak pernah terpikir dek akal sebelum ni, nak wat
ais krim sendiri untuk anak2. So, mohlah aku nak citer Aiskrim Malaysia Special
Ummi buatan aku sendiri ni. Adalah disebabkan ini adalah percubaan yang
pertama, so ianye adalah simple sekali. Aku gune cordial free yang kelab bagi
aritu, tapi gula kena banyak. Buat aiskrim kena manis tiga kali ganda dari minum air biasa. Siap2 semua n
dah berpuas hati dengan rase, so dari jug dituangkan ke dalam plastik aiskrim.
Banyak plastik ni, dalam satu packet maybe ade seratus agaknye. Kena ikat
ketat2. Pedih jugak tangan aku dek sebab memulas plastik aiskrim.
Ini kali aku buat 2 perisa jer. Pasni aku nak wat
lagi. Nak bagi anak2 makan. Walau pun ianya simple yang pentingnye gerenti sedap. Seperti
biaselah anak2 aku kalau ade perkara bende yang baru dalam hidup dorang,
comfirm dorang teruja. Biaselah tukan, itulah namenye budak2. Bile aiskrim da
siap, aku tengok laju jer anak2 aku ni makan. Terkenang plak zaman dulu balik
sekolah agama mesti beli aiskrim macam ni. Time tengah hari panas2, berpeluh2
tu memang syok layan aiskrim. Tengok time dorang nyonyot tu, tergugat iman aku
sekejap. Hahahahhaa.. Imanku masih kuat lagi. Hehehehehe… Hebat tak aku???
No comments:
Post a Comment