AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday, 9 August 2012

~ MeNjAdI Ke 2... ~



Aku selalu tertanya-tanya apa rasanya menjadi yang kedua. Menjadi yang kedua dalam hidup seorang lelaki, maksud aku.

Aku faham, soal rasa dalam hati ini kita tak boleh nak halang. Bukan dalam kawalan kita juga. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.

Kau tiada niat untuk merampas. Kau cuma mahu menumpang kasih, walau tiada ikatan akan terjalin. Tempat meluahkan perasaan, berkongsi rasa susah senang. Tapi aku pasti, bila seorang perempuan telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua perempuan begitu. Mahu memiliki orang yang disayangi.

Ya, kau memang bukan orang jahat. Aku tahu itu. Cuma kau dianggap ‘jahat' kerana bercinta dengan suami orang. Kau jatuh sayang pada suami orang.

Tapi kau sama sekali tak boleh salahkan yang pertama jika dia 'menyerang' kau. Itu adalah tindakan normal seorang perempuan yang sayangkan suaminya. Tindakan yang baginya dikira wajar jika itu dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Mana-mana perempuan yang paling lemah-lembut dalam dunia pun boleh menjadi segarang-garang harimau betina jika kesayangannya 'diganggu'.

Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kau sibuk menjaga dan pentingkan hati sendiri, kadang-kadang tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kau dalam kasut dia.

Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan? Dan dalam keadaan yang tidak bersedia sama sekali.

Ahhhhhh…. Kau faham apa yang aku mahu sampaikan. Kau juga seorang perempuan.

Ingattttt… Kita semua perlu belajar menghormati kepunyaan orang lain. 

No comments:

Post a Comment