Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah
sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka akan kata kita pelik. Atau lebih teruk
mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti
apa yang biasa orang lain buat.
Mereka kata;
'Takde orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'
Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.
Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?
Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang
itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya
sendiri?
Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu
di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan
sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.
Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 dicampur 2. 3 campur 1 juga
boleh kan?
No comments:
Post a Comment