Sesetenggah orang cuba menahan
bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehinggakan keinginan bersin menjadi
hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menyebabkan masalah yang
serius kepada diri anda.
Kepantasan bersin
yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya
seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan
tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan
menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas
kembali.
“Bersin merupakan
perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan
menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko“,
kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics.
Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang
menahan bersin antaranya :
1. Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2. Pecah gendang telinga.
3. Gangguan pendengaran.
4. Veritgo.
5. Keluar mata dari soketnya.
Jadi sesiapa yang hendak
bersin, sila bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan.
No comments:
Post a Comment