6 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab
masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, masih ada kesempatan untuk
melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam
hati yang mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Di waktu awal pagi, jangan buka
email, baca paper, baca gosip2 mahupun join sesi mengumpat bersama kawan2.
Sebab, ia menerbitkan energi positif
lalu menghalang dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dlm Apa Jua Yg Anda Buat,
Mulakan Dengan Bismillah.
Bila mula punch
card nak masuk kerja, baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang
membuat lalai, mengantuk, macam tak
cukup cas beteri jer. Bermula dari duduk di kerusi dan mulakan semuanya dengan
bismillah. Moga apa yang dilakukan mendapat keberkatan.. Bila istiqamah
melakukannya, nescaya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
4. Set Target Kemajuan Diri
Sendiri
Bila dah keluar
rumah untuk ke tempat kerja, biasanya
tak tahu apa yang nak dicapai hari tu. Betul tak? Biasenya hanya nak sampai di
sana, bekerja lepas tu nanti petang
balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun & perkara
sama berulang lagi. Hidup bagai dalam 1 bulatan, situ2 saja. Eloknya sikap
perlu diubah. Set target apa yang mahu
dicapai, lagi best setkan untuk setiap hari. Setkan berapa tugas yang nak
disiapkan dan set limit masa untuk menyiapkan segalanya. Kecekapan dapat dinilai dari kepantasan, ketepatan dan
kekemasan. Cara ini adalah cara aku. Berkesan sungguh…
5. Lihat Warna CerahWarna boleh
mempengaruhi mood.
Warna cerah jadikan diri lebih energetik, ceria dan penuh
dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah,
biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu
merubah mood menjadi positif.
6. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang
dulu2. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai
sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang
sewaktu dengannya.
Andai emosi2 negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, akan jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk lagi jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap org, setiap situasi & setiap benda.
Andai emosi2 negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, akan jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk lagi jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap org, setiap situasi & setiap benda.
No comments:
Post a Comment