Ramadhan ke-18, genap jualah 4 tahun arwah meninggalkan aku dan anak2… Dari celik mata, pkul
4.30 pagi tadi, ati dah terase sayu sangat2. Ape2 pun, aku terpaksa kuatkan
semangat. Hidup mesti diteruskan dan yang pentingnya arwah tetap tidak
dilupakan. Still dalam ingatan. Al-Fatihah…
Sebenarnya
bile dihitung2kan n ditimbang katikan, ibu bekerja ni sememangnya sempat nak masak
juadah untuk berbuka puase tetapi dengan adanya membuat perancangan. Macam aku,
sampai ke rumah 1 1/2 jam sebelum
berbuka, masih sempat masak. Sempat sangat2. Siap boleh baring2 relax lagi tu,
walau pun awalnya tu dah jadi macam lipas kudung. Bukannye ape, cepat siap,
cepatlah rehat… Ada bahan yang boleh disediakan lebih awal. Biasenye aku akan
siang sebaik sahaja beli jer bahan mentah seperti ikan, ayam, daging, sotong. Dah
siap siang cuci bersih2 terus aku masukkan ke dalam Tupperware n simpan di
dalam peti ais.
Sambil wat keje, otak
dok ligat buat perancangan apa yang hendak dimasak. Jadi bila balik, tidak
ambil masa yang lama memikirkan apa yang ingin dimasak. Memandangkan masa
singkat jadi masak masakan yang cepat dan senang dimasak. Bahan yang sejukbeku time
sahur aku dah letak siap2 di bahagian bawah peti ais, jadi cepat boleh
dicairkan. Dah jimat masa kita nak sedia bahankan????
Biasenye aku kalau masih
ada masa lagi, aku akan buat chekodok pelbagai jenis, sardin roll, roti telur,
roti sosej, nugget n ape2 jerlah yang mudah disediakan. Maka hasilnya adalah
seperti ini, ade Sambal Kerang, Sayur Kacang, Sawi+Cendawan Tumis Air, Ikan Gelame Goreng, Tempe+Tauhu Sambal Kacang n
Chekodok Pisang :-
No comments:
Post a Comment